Saturday, November 28, 2009

Bakal guru wajib akujanji?

Bakal guru wajib akujanji?
Oleh NORLIZA ABD. RAHMANpengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 24 Nov. - Bakal guru mungkin diwajibkan menandatangani akujanji sanggup mengajar di kawasan pedalaman untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, syarat yang sedang dipertimbangkan itu bertujuan memastikan guru-guru yang baru berkhidmat di pedalaman tidak merayu untuk berpindah.
''Sebagai contoh, kebanyakan guru dari Kelantan dan Terengganu yang baru berkhidmat empat bulan dan dihantar ke pedalaman sudah minta berpindah.
''Ini benar, di Kelantan ada 54 kekosongan, yang mohon hendak balik 1,312 orang, jadi bila ada rungutan oleh guru yang sudah 10 tahun mengajar di Sarawak, sudah tentu tiada kekosongan di negeri itu," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) di sini hari ini.
Puad menegaskan, dalam situasi sekarang, tempoh perkhidmatan tidak lagi diambil kira sebaliknya faktor kekosongan dan keperluan di sesebuah negeri menjadi keutamaan.
''Sekarang ini kita cadangkan letak syarat akujanji, kalau sanggup baru kita ambil bekerja, jangan nanti tak sampai enam bulan sudah merayu-rayu, kita juga yang susah.
''Jadi, selepas ini kalau sudah turunkan tandatangan, tetapi kemudian minta tukar, kita tak akan layan kecuali kes kritikal seperti faktor kesihatan," katanya.
Menurutnya, akujanji tersebut bukan bertujuan memberi tekanan kepada para guru tetapi menuntut mereka memahami bidang tugas dan tanggung jawab dari perspektif masyarakat tanpa memikirkan kepentingan diri semata-mata.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Puad menasihatkan ibu bapa yang anak mereka memperoleh keputusan cemerlang 5A tetapi gagal memasuki sekolah berasrama penuh agar tidak kecewa.
Ini kerana anak-anak mereka masih berpeluang memasuki kelas khas di sekolah kluster, sekolah cemerlang dan sekolah harian.
''Mereka akan mendapat suasana pembelajaran yang sama dengan asrama penuh, cuma bezanya tidak tinggal di asrama dan yang penting kekalkan semangat dan kecemerlangan akademik," katanya.
Pada tahun ini seramai 48,171 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memperoleh 5A sedangkan kekosongan yang ditawarkan di sekolah berasrama penuh termasuk di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sekitar 12,000 tempat.
Utusan Malaysia Online: 25 November 2009

Friday, November 27, 2009

Tips

Salam kawan-kawan ...

Salam Aidiladha ... kali ni bersiaran dari kampung ... sementara nak tunggu last episod Nur Kasih ...

Bagi kekawan yang teringin nak berkongsi cerita atau apa sahaja ... ni ada tips untuk u all ...

1) Sign in dahulu ... ada kat belah atas kanan tu
2) masukkan emel kita ... kplibma09 ... password sebagaimana yg dah diwar-warkan
3) klik pd new post ... so boleh masukkan apa saja cerita yg nak dikongsikan. masukkan tajuk dan tulis apa saja ...
4) kalau nak masukkan gambar ... klik kat 'add image' utk masukkan gambar atau 'add video' utk video ... icon2 ada kat kolum ni yer ...
5) dah ok semua ... klik 'publish post' tu ..
6) nak tengok yg kita tulis , klik 'view post' atau rasa nak ubah lagi pilih 'new post', kmdn baru pilih 'edit post' ...
7) walaupun u all dah publish, tapi rasa nak buat pembetulan , boleh edit balik kat 'edit post' tu ...

cukup pelajaran utk hari ni ... kalau rasa tak faham ... jgn segan2 bertanya ...

Aman .. sori akak tukar background ni ... nanti akak carikan yg lebih sesuai.

Rindu u all
Kak Ja / kak long

Wednesday, November 25, 2009


Tahniah buat rakan-rakan yang dah selesai menduduki exam KISSM. Semoga kita berjaya ... Amin.
Kak Long.

Tuesday, November 24, 2009

Sunday, November 22, 2009

Detik Bermula...

Salam..

12hb. Jan. 2009 - Mendaftar di IPGM-KBM
25hb. Nov. 2009 - Keluar dari IPGM-KBM
1hb. Dis. 2009 - Lapor diri di sekolah yang bakal ditugaskan

Lihat dan ingat dengan teliti tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas. Tarikh bermula dan berakhirnya kita di sebuah institut latihan perguruan yang mana menyaksikan suka duka perjuangan kita semua meneruskan kehidupan. bermula langkah dengan kosong untuk menimba ilmu, berakhirnya langkahan kaki di IPGM ini dengan ilmu yang mungkin sedalam 50% sekurang-kurangnya. langkahan kaki yang didasari dengan niat yang ikhlas insyaAllah menjadikan hidup dan ilmu yang diperoleh di institut ini berkat dan berkualiti. demikian juga dengan berakhirnya langkahan kaki kita semua dengan penuh keikhlasan dan tawadduk untuk menyerah diri pada dunia pendidikan yang bercampur baur emosinya. andainya semua itu didasari dengan niat yang satu yakni 'mendapatkan keberkatan Allah SWT' semuanya akan menjadi baik. jangan risau... ini janji Allah SWT pada hamba-Nya yang bertakwa..
Dikesempatan ini, marilah kita semua menyusun dan meneruskan langkahan kaki dengan ukhuwwah yang tersemat dikalbu. ukhuwwah dan semangat persaudaraan itu biarlah tidak berakhirnya hendaknya. terus mekar bak bunga-bunga disirami air hujan. terus bercambah umpama pohon kekacang menumpang pokok di hutan. terus subur seperti padi menguning dituai petani yang berjasa. apapun kesudahan kita semua di IPGM-KBM ini biarlah menjadi suatu lipatan sejarah yang akan menjadi suatu kenangan terindah untuk kita semua. InsyaAllah..
Semoga dapat memanfaatkan ruangan blog ini untuk :
1- Bertanya khabar dan menyebarkan khabar yang baik
2- Saling bantu-membantu dan tolong menolong dalam apa jua yang berkaitan dengan kehidupan kita semua selepas ini khasnya rancangan mengajar, BBB, dan lain-lain
3- Menyebarkan ilmu ke seluruh alam buana...
4- Tuliskan no telefon, alamat, nama sekolah bertugas, alamat e-mail dan apa sahaja
Tinggalkan apa sahaja, tulislah apa sahaja, dan komenlah apa sahaja untuk kebaikan bersama.
dicatat oleh :
ASSA