Sunday, November 22, 2009

Detik Bermula...

Salam..

12hb. Jan. 2009 - Mendaftar di IPGM-KBM
25hb. Nov. 2009 - Keluar dari IPGM-KBM
1hb. Dis. 2009 - Lapor diri di sekolah yang bakal ditugaskan

Lihat dan ingat dengan teliti tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas. Tarikh bermula dan berakhirnya kita di sebuah institut latihan perguruan yang mana menyaksikan suka duka perjuangan kita semua meneruskan kehidupan. bermula langkah dengan kosong untuk menimba ilmu, berakhirnya langkahan kaki di IPGM ini dengan ilmu yang mungkin sedalam 50% sekurang-kurangnya. langkahan kaki yang didasari dengan niat yang ikhlas insyaAllah menjadikan hidup dan ilmu yang diperoleh di institut ini berkat dan berkualiti. demikian juga dengan berakhirnya langkahan kaki kita semua dengan penuh keikhlasan dan tawadduk untuk menyerah diri pada dunia pendidikan yang bercampur baur emosinya. andainya semua itu didasari dengan niat yang satu yakni 'mendapatkan keberkatan Allah SWT' semuanya akan menjadi baik. jangan risau... ini janji Allah SWT pada hamba-Nya yang bertakwa..
Dikesempatan ini, marilah kita semua menyusun dan meneruskan langkahan kaki dengan ukhuwwah yang tersemat dikalbu. ukhuwwah dan semangat persaudaraan itu biarlah tidak berakhirnya hendaknya. terus mekar bak bunga-bunga disirami air hujan. terus bercambah umpama pohon kekacang menumpang pokok di hutan. terus subur seperti padi menguning dituai petani yang berjasa. apapun kesudahan kita semua di IPGM-KBM ini biarlah menjadi suatu lipatan sejarah yang akan menjadi suatu kenangan terindah untuk kita semua. InsyaAllah..
Semoga dapat memanfaatkan ruangan blog ini untuk :
1- Bertanya khabar dan menyebarkan khabar yang baik
2- Saling bantu-membantu dan tolong menolong dalam apa jua yang berkaitan dengan kehidupan kita semua selepas ini khasnya rancangan mengajar, BBB, dan lain-lain
3- Menyebarkan ilmu ke seluruh alam buana...
4- Tuliskan no telefon, alamat, nama sekolah bertugas, alamat e-mail dan apa sahaja
Tinggalkan apa sahaja, tulislah apa sahaja, dan komenlah apa sahaja untuk kebaikan bersama.
dicatat oleh :
ASSA

No comments: