Friday, March 26, 2010

Assalamualaikum... Doa ku untuk mu...


Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Penyayang..

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.

Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

ZURA...

Tuesday, March 23, 2010

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan. Untuk renungan bersama... insyaAllah.. .

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua.di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.

Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,bermain- main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti ituj arang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedarsaya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.

Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya didunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah.

Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya

Moga bermanfaat..
ASSA

Sunday, March 21, 2010

KRITIKAN MENJADIKAN KITA LEBIH BAGUS

Assalamualaikum....

SESUATU yang nampaknya rugi tetapi sebenarnya membawa untung. Apakah ia? Ada macam-macam jawapan, tetapi bagaimana dengan jawapan ini - dicaci orang.

Nampaknya macam rugi, tetapi kalau direnung-renung secara mendalam, ia mendatangkan keuntungan. Macam mana tu? Ha, cuba tengok daripada sudut yang berbeza, apabila dicaci ia langsung tidak mengurangkan apa-apa, hanya mungkin maruah yang ada sedikit tercalar. Tetapi untungnya daripada sudut pahala ALLAH SWT berfirman;

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci/pengutuk."
Surah Al-Humazah, ayat 1
Yang mencaci mendapat dosa, yang dicaci mendapat pahala. Tidakkah itu untung? Memanglah di kalangan masyarakat, orang yang dihina itu akan nampak rendah atau hina. Tetapi benarkah dia hina? Jika benar ia tidak seperti apa yang difitnahkan itu, dia adalah pemenang semua keadaan.

Nabi saw pun bersabda, "Memaki seorang Muslim adalah perbuatan derhaka dan membunuhya adalah perbuatan kafir." (BUKHARI DAN MUSLIM)

Lebih banyak firman dan hadis membela orang yang dihina, bukan orang yang menghina. Bahkan dalam mahkamah, orang yang menghina atau menuduh perlu membuktikan dia tidak seperti yang dituduh.Dalam hidup ini, tentunya kita akan alami banyak keadaan. Salah satu daripadanya adalah dituduh, dihina, dicaci atau difitnah. Sebaiknya manapun orang itu, ada ketikanya dia akan alami keadaan ini. Yang membezakan hanyalah sama ada dia tahu atau tidak sedar atau tidak sahaja. Hakikatnya mulut orang memang sukar dikunci.Sudah tentu kita tidak berupaya menghentikan semua ini. Tambahan lagi jika anda seorang yang penting. Usah sangka semakin penting anda di mata masyarakat, semakin anda dipuja dan dipuji. Kerap juga terjadi keadaan di mana semakin anda berjaya, semakin anda berpeluang menjadi mangsa fitnah manusia.
"...fitnah itu lebih besar (dahsyat) daripada melakukan pembunuhan.."
Surah Al Baqarah, 217
Ia memberi kelegaan pada orang yang difitnah. Meskipun maruah tercemar, tetapi kalau dibandingkan denga apa yang diperolehi serta apayang ditimpakan terhadap orang yang membuat fitnah itu, keadaan tidaklah sebegitu sakit.

Firman ALLAH SWT;
"Kemudian kita minta agar laknat ALLAH ditimpakan pada orang-orang yang berbohong atau berdusta." Surah ali-Imran, ayat 6

Hidup ini menjadi selesa untuk dilalui kalau kita selamba pada semua masalah. Walau bagaimanapun kita berusaha untuk mengelak masalah, ia tetap datang tanpa terduga. Masalah yang berbangkit oleh kesilapan kita sendiri, haruslah kita terima dengan selamba Masalah yang dibangkitkan oleh orang lain terhadap kita, itu adalah langkah-langkah yang akan menjadikan kita lebih bagus daripada sebelumnya.

Bagaimana pula? Bayangkan begini. Ketika kita sangka kita sudah cukup bagus, kita akan bertahan pada usaha yang sedia ada. Walhal jika kita tingkatkan sedikit sahaja lagi, kita akan menjadi lebih bagus.Siapakah yang sanggup memberitahu kita hal ini? Tentunya orang lain yang ada sedikit rasa tidak senang terhadap kita. Apabila mereka mula mengkritik, mulalah kita mendapat manfaatnya. Kritikan adalah penambahbaikan. Kereta termaju hari ini dicipta oleh kritikan yang berterusan.

Jadi bukan semua petaka adalah bala. Adakalanya petaka itu mukadimah kepada suka.

DARIPADA JABIR BIN ABDULLAH, RASULULLAH SAW BERSABDA: JANGANLAH KALIAN BELAJAR ILMU UNTUK BERMEGAH-MEGAH DENGAN (GELARAN) ULAMA ATAU UNTUK MENGABURI ORANG BODOH ATAU UNTUK MENYOMBONGKAN DIRI DI MAJLIS. BARANGSIAPA YANG MELAKUKAN DEMIKIAN, MAKA NERAKA..(HR Hakim, Ibnu Hibban, dan Ibnu Majjah)

-FROM NANA WITH LOVE-


Portal Standard Guru Malaysia (SGM) - Instrumen Online

Portal SGM boleh diakses oleh semua guru di Malaysia melalui laman web Bahagian Pendidikan Guru di alamat http://apps.emoe.gov.my/bpg/index.cfm atau terus ke laman web SGM http://apps.emoe.gov.my/bpg/sgm/index.html
Pengguna dikehendaki mendaftar untuk menggunakan 'Instrumen Online' di alamat
http://www.moe.gov.my/sgm

Jangan mudah tertipu

Guru berputih mata

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang guru pelatih berputih mata apabila kerugian RM2,000 selepas tertarik dengan tawaran murah komputer riba berjenama di Internet yang dijual pada separuh harga.

Mangsa dikenali sebagai Syikin, 29, berkata dia yang masih menuntut di sebuah institusi perguruan di ibu negara berkata, semuanya bermula apabila dia terdesak ingin memiliki komputer riba bagi memudahkannya menyiapkan tugasan. “Pada awal Mac lalu, saya melayari sebuah laman web yang mengiklankan beberapa barangan untuk dijual dan tertarik dengan komputer riba Sony Vaio berharga RM2,000.


“Saya kemudian menghubungi pemilik komputer itu yang dikenali sebagai Sahizatul dan dia mendakwa komputer itu masih baru dengan nilai pasaran mencecah RM4,000,” katanya.


Menurutnya, pemilik komputer itu turut menawarkan beberapa barangan lain yang akan diberi secara percuma termasuk beg komputer berjenama, tetikus, kad USB dan barangan lain menyebabkan dia bersetuju membelinya.


“Selepas berbincang dengan keluarga, saya menghubunginya dan diarah memasukkan wang ke dalam akaun miliknya sebelum berjanji untuk menghantar komputer berkenaan dalam tempoh sehari.


“Pada mulanya saya enggan bersetuju kerana ingin terus berjumpa dan mengambil barangan itu daripadanya, namun pemilik komputer itu mengelak dan mendakwa berada di luar daerah atas urusan kerja dan meminta saya mempercayainya,” katanya.

Syikin berkata, pemilik komputer terbabit turut memberikan alamat rumah serta nombor kad pengenalan untuk meyakinkannya menyebabkan dia terpedaya dan memasukkan wang ke dalam akaun seperti diarahkan.


“Namun selepas empat hari menunggu, komputer yang dijanjikan tidak juga tiba. Saya cuba menghubunginya, namun talian tidak berjawab serta alamat diberikan juga tidak wujud,” katanya.

myMetro: 19 Mac 2010

Masa P&P BI ditambah mulai tahun 2011

KUALA LUMPUR – Kabinet telah memutuskan supaya masa pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dipanjangkan mulai sesi persekolahan 2011, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu, yang dibuat pada mesyuarat Kabinet semalam, adalah selaras dengan usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di kalangan pelajar sekolah berikutan pemansuhan pengajian dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris tahun sudah.

Bagaimanapun beliau berkata, masa persekolahan tidak akan dipanjangkan, tetapi akan diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar.

"Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan-perubahan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Masa pembelajaran untuk Bahasa Malaysia (BM) di sekolah rendah dan menengah kebangsaan bagaimanapun akan kekal pada 240 minit seminggu, tetapi bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan ditambah kepada 330 minit seminggu daripada 240 minit yang dipraktikkan sekarang.

Di sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil dan Cina), sesi pembelajaran untuk BM akan ditambah dari 270 minit kepada 330 minit seminggu.

Bagi BI, ia akan ditambah menjadi 120 minit seminggu daripada hanya 60 minit. – Bernama

Kosmo Online: 20 Mac 2010

Thursday, March 18, 2010

Sibuk Agaknya...

Salam...

Akhirnya blog ini sunyi & sepi, seperti rumah tinggal yg tidak berpenghuni lagi. dalam rumah itu ada pelbagai barangan berharga yang ditinggalkan dengan harapan suatu masa nanti akan kembali semula ke rumah itu. betapa sayang & kasihnya tuan rumah kepada rumah yg tinggalkan & menghimpun sejuta harapan agar dapat kembali ke rumah lamanya yang mengandung berjuta-juta kenangan, suka duka, pahit manis, & jerih getir meneruskan kelangsungan hidup. maaf kawan-kawan, saya analogikan blog ini ibarat rumah tinggal yg tidak berpenghuni. satu masa dulunya, rumah ini penuh dengan gurau senda, tawa tangis, & duka nestapa yg segalanya dikongsi bersama oleh kesemua penghuni rumah itu. tp, bila penghuni rumah itu pergi dengan haluan yng berbeza walaupun destinasinya sama, rumah itu akhirnya senyap, sunyi, bersawang, & tidak mustahil akan roboh dihuni anai-anai.

Apa khabar agaknya kawan-kawan semua? Saya memahami & menjiwai bahawa semuanya sedang sibuk dengan tugas & hal masing-masing. apatah lagi setelah di'posting'kan. kerja berlambak, tugasan mencabar, melayani karena murid-murid, rakan sekerja, pentadbir & pelbagai lagi situasi yg perlu dihadapi. itulah adatnya bila bergelar guru sekolah. cuti memang banyak tetapi kerja di sekolah juga banyak. jd, ianya seimbang.

Saya mendoakan agar kawan-kawan semua terus sukses & ceria sentiasa. jenguk2lah rumah kita semua agar kenangan yang telah bersemi itu tidak akan pupus ditelan zaman.

Salam Ikhlas penuh Ukhwwah,
ASSA
Kota Damansara

Thursday, March 4, 2010

Apa Khabar agaknya.......


Assalamualaikum...

Apa khabar agaknya..Madi, Azie, Zeni, Ida Ngah, Mek Dah, Habsah, As, Che Ros, Yan, Fadila dan Effa?


-Nana-