Wednesday, December 30, 2009

Penempatan Posting

Alhamdulillah ... kebanyakan rakan2 kita dah mengetahui penempatan sekolah masing2. Untuk makluman :-

Ahmadi : Sarawak ( berkumpul di Hotel Empess Sepang pada 3 hb. dan bertolak ke sana pada 4hb. nanti)
Aman Shah : SK Bndr Utama Damansara 4
Aspanizam : SK Jalan Selangor (1) , sama sekolah dengan Siti Farizan 1D
Che Roslina : SK Kantan Permai, kajang
Faridah Majid : SK Puchong Utama 3
Faridah Hamzah : SK Pusat Bandar Puchong 2 ( sebelah rumah eta, sama dengan Fizah 1B, tapi eta dapat Ampang Campuran)
Haslina Deraman : SK Bandar Utama Damansara 2
Jama'ayah : SK Bukit Jelutong
Fadila : SK Subang Bestari
Fazliana : SK Bandar Baru Sri Damansara 2
Azura : SK Taman Datuk Harun 1
Esmimi : SK Kuala Pegang, Baling Kedah
Habsah Surimah : SK Durian Tipus, Spg Durian Jelebu
Azianty : SJK (C) Wan Ha, Seremban (satu2nya guru Melayu di sana)


Kja

Maaf Kak Ja, saya edit sikit. ( ASSA )
*Sekadar buat penambahan - Nana-
**Penambaikan :)ayu

Monday, December 28, 2009

Hijrah Diri

Inilah hujung pertemuan
yang bermula
menunda maaf
nostalgia diri

mengapa henti di puncak
jika malu kembali
mengambil cermin di laman
rumah kita nan biru

inilah hikmah
santun yang kubela
basah rindu di kalbu
tak ku biar banjir

hijrah diri
mengarca malam
tak kelam ditenggelam silam
meski belum kubersiap
ke belakang

( Hasyuda Abadi )
Antologi Puisi 'Cinta Pohon Tamar'



ASSA

Update - Dokumen2 posting

YANG KITA SIMPAN:
1 surat tawaran asal
1 salinan fotostat akuan sumpah
1 borang biru asal

DISERAHKAN KEPADA KERANI SEKOLAH
1 carbon copy surat tawaran + 1 salinan fotostat surat tawaran
2 salinan fotostat akuan sumpah
2 borang biru asal

DISERAHKAN KEPADA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1 akuan sumpah asal
1 borang biru asal
(sekolah buat surat iringan)

DISERAHKAN KEPADA SPP
1 salinan fotostat akuan sumpah
1 borang biru asal


Kesimpulannya: Fotostat SATU salinan surat tawaran, EMPAT salinan surat akuan sumpah.
Buat akuan sumpah di sekitar daerah tempat posting.

ASSA

Friday, December 25, 2009

Semakan keputusan peperiksaan

Salam...

Kawan-kawan boleh buat semakan keputusan peperiksaan di website ini :

http://apps.emoe.gov.my/bpg/e-keputusan/

tapi masalahnya pointer pun tak dinyatakan juga. adusss


ASSA

Thursday, December 24, 2009

Kedudukan Terkini Penempatan KPLI BM A 09

Salam

Berikut senarai terkini kawan-kawan yang telah mengetahui negeri di mana mereka ditempatkan :

Negeri Selangor :

Aman Shah, Fazliana, Faridah Majid, Azura, Haslina, Aspanizam, Fadilah, Jama'ayah, Faridah Hamzah, Che Roslina

Negeri Kedah :

Esmimi Elias

Negeri Johor :

Hazny, Azizah, Farhana, Faridah Ngah

Negeri Sembilan :

Azianti, Habsah Surimah,

Kuala Lumpur :

Hadifah Fadhliah

Negeri Sarawak :

Ahmadi


Dalam Proses :
Azahana,

Dokumen Penting Semasa Melapor Diri

Salam...

Di sini disenaraikan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa melapor diri ke sekolah masing-masing. pastikan semua salinan DISAHKAN. Kalau semua lengkap, InsyaAllah gaji akan cepat dapat. antaranya :

1- Kad pengenalan
2- Sijil kelahiran
3- Skrol Ijazah
4- Transkrip Universiti
5- Sijil SPM
6- Penyata KWSP
7- Salinan muka depan akaun bank ( nanti rujuk dengan PPD jenis bank yang diperlukan )
8- Surat tawaran pelantikan GSST
9- Surat Penempatan ( Posting )
10- Akuan Sumpah yg ditandatangani oleh Majistret / Pesuruh jaya Sumpah
11- Gambar bersaiz passport
11- Surat Akuan penerimaan pelantikan ( berwarna biru )

Diharap semua kawan-kawan mengambil berat hal ini.. salinan pastikan semuanya mencukupi.

Selamat mengajar..

ASSA

Menambat Rakit

Sesudah demikian lama dicintai
sukarlah dilupakan
inti pengalaman kepedihan
akar kerinduan keresahan

Memang terlalu banyak
diperlukan kekuatan
ke pangkalan batin
rakit ditambatkan
bara kenangan dikuakkan

Akhirnya tak terduga
kekuatan terkuak sendiri
dan kusedari
semua takkan sampai
ke dasar inti

Tiada beza hilang kemudian
ataupun tenggelamnya sekarang
tiada bezanya jika langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban

Kepiluan yang berlanjut akhirnya
ditenterami keyakinan
betapa dielak akan takdir
tetap terbuka pintunya..

Lagu puisi ini didedikasikan buat sahabat sekalian sempena mengenang persahabatan kita. Renungi dan hayatilah bait-bait kata dalam puisi ini. Semoga setiap kenangan yang dijalin sedetik cuma tersemat rapi dalam hati sanubari kita.

Puisi nukilan A. Samad Said ini ditulis oleh beliau sebagai mengenang pemergian isteri tercinta. Puisi ini dinyanyikan oleh saudara Ahmad Ramli, penyanyi lagu-lagu puisi.

Sekiranya ingin mendengar nyanyian semula oleh saudari Fazliana Mohd Ali, sila hubungi atau jemput ke perjumpaan semula nanti.. Heheheh..gurau je..Rindu korang...

Thursday, December 17, 2009

Salam Maalhijrah 1431H

Salam Maal Hijrah semua. Jangan lupa baca doa akhir tahun 1430H dan awal tahun 1431H ... doakanlah yang terbaik untuk kebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraan kita dan umat Muhamad S.A.W.

SalaM SaYanG
Kja

Info

Maklumat daripada KPM:

"Penempatan KPLI boleh disemak pada 28/12/09 secara online @ di unit pengurusan sekolah harian 03-88849582 / 9581.

Ini sms terkini yang diterima. Betul atau tidak, saya pun tak pasti.

Waallahuaklam.

Salam
Kja.

Wednesday, December 16, 2009

Sukan Ragam 1A 09

Kenangan waktu sukan ragam. Tentu u all ingat peristiwa kita kena hentam dengan En. Shamsul Bahri. Namun itu pastinya terselit pengajaran yang besar maknanya buat kita.

















Sajak buat teman-teman KPLIA2A 2009

Teman.....
Kala diri kesunyian,,,
hati ini dicuit resah.....
Ada rindu di situ...
terkenang titip-titip masa yang berlalu
Masa yang begitu pantas
meninggalkan zaman indah kita bersama...

Teringat detik-detik awal
waktu pertemuan kali pertama...
pelbagai tanggapan aku pada kalian....
Namun setelah berkenalan.....
aku seperti tidak menjangka....
kita bersama..........seiring dan sejalan.......
suka duka kita tempuhi bersama..
bermesyuawarah......
walau dimeja santapan sekalipun.........

Teman.....
aku bangga dengan kalian..................
segala halangan rintangan ..
kita bangkit.....walau apa jua ...
bersama kita harungi....
Demi untuk mencapai sebuah harapan....
Demi tuntutan anak bangsa...

Kini...
masing2 dalam penantian..
Dimanakah kita???
tapi, apa yang pasti...
walau di mana kita berada..
itulah cabaran yang baru hendak bermula...
bermulanya sebagai seorang pemimpin yang punya wawasan
dan...getir itulah yang harus kita terima...
demi sebuah perjuangan ...
demi sebuah cita-cita...
bukankah begitu wahai teman???

Sesungguhnya...nostalgia bersama kalian
adalah yang terindah...

salam sayang,
zura.

Tuesday, December 15, 2009

Salam Rindu

Salam rindu buat kawan-kawanku tersayang ...

Petang semalam saya ke Mid Valley ... sekadar berjalan2 dan cuci mata ... sebelum tu saya menyinggah ke IPGM KBM sekejap... kebetulan ada barang tertinggal di surau... juga untuk mengenalkan kepada anak pusat pengajian mamanya sepanjang setahun ini.

Ada getar dan hiba di hati. Setahun berulang alik ke maktab ... banyak nostalgia suka dan duka di dalamnya ... namun situasi dan rasa di hati tidak seperti kelaziman ... suasana agak sunyi ... kereta pun tak banyak seperti biasa. Teringat dengan bonda Yati dan Pn Noriza ... ada rasa ingin ketemu ... tapi saya tahu pastinya mereka terikat dengan kesibukan yang sentiasa bertali arus.

Ketahuilah ... kenangan bersama kalian itu satu detik terindah dalam hidupku.

Kak Ja
Shah Alam

Sunday, December 13, 2009

Kenangan buat Bonda......SAYONARA.


Tiada kata seindah bahasa, Secantik budi selembut bicara, buat bonda kasih tercipta, moga silaturrahim kekal selamanya....


Friday, December 11, 2009

Penempatan GSST

Info terkini untuk semakan penempatan.

type MOE GSST IC & send to 15888

Setakat ni yang dapat ke Sabah & Sarawak dah boleh cek. Tapi kalau tak ada nama, boleh cek pada 17hb. ni kat web KPM.

Salam rindu
klong

Thursday, December 10, 2009

Hari-Hari Terakhir KISSM 09

Bila melihat kembali gambar2 ini ... pasti teringat kembali kata2 Pn Wak Chu ... tak sepenuhnya tapi lebih kurang begini la ...... "memang sekarang kamu terasa penat dan lelah menjalani kuliah & menyiapkan assignment setiap hari, tapi suatu hari nanti kamu pasti akan terasa betapa rindunya kamu utk menjalani rutin seperti ini".

Belum pun jauh masa menjarakkan kita ... namun kerinduan ini sudah menjengah ... adakah kalian juga begitu???????








Wednesday, December 9, 2009

"Himpunan Memori Tersimpul Rapi"

Majlis Makan Malam ke-51 IPGM Kampus Bahasa Melayu di DWC Dewan Wawasan Cheras pada 18 Nov. 2009.


Bersama bonda tersayang...












Tuesday, December 8, 2009

Apa khabar kenkawan ???

Lamanya tak dengar citer kalian..sunyi dan sepi ajer masing-masing...bila lagi kalian semua nak masuk blogg nie..at least sisip-sisipkanla berita dalam blog ni... tidakla kami ternanti2...hehe..dengarnya nana dah mula keje 2 hari lepas....selamat kembali bekerja ye nana...jangan lupa kenangan bersama kite ye...
saya sebenarnya dok berdebar2 menantikan posting kita yang akan diwar2kan pada 20 hb December ni...
kenkawan semua...ini adalah info dari kawan saya masa praktikum di SKDP, KL tempohari dari IPGM-Teknik. mungkin ada yang telah tahu..iaitu info dari KPM, nak tahu posting pada 20 Dec bole dah start check kat internet, 1 hb Jan 2010 leh check jadual flight g Sabah Sarawak. DPLI plak pada 5 Jan boleh check. ok ...nanti kita sambung lagi k..
Harapan dan doaku agar kalian ditempatkan di tempat apa yang anda semua harapkan. salam sayang ...
syaina.zol@gmail.com(zura)

Kembara Budaya Melaka 2009

Sekitar gambar lawatan Kembara Budaya Melaka 2009. Boleh jadi kenangan pengubat rindu pada masa2 mendatang. Gambar tak tersusun sikit, ada masalah nak susun, kalau ada member yg nak tolong susunkan atau tambah gambar, boleh la adjustkan ...






































Thursday, December 3, 2009

Kenangan Sewaktu Jamuan Raya

Semoga gambar2 ni dapat mengubat rindu di hati.