Thursday, December 24, 2009

Menambat Rakit

Sesudah demikian lama dicintai
sukarlah dilupakan
inti pengalaman kepedihan
akar kerinduan keresahan

Memang terlalu banyak
diperlukan kekuatan
ke pangkalan batin
rakit ditambatkan
bara kenangan dikuakkan

Akhirnya tak terduga
kekuatan terkuak sendiri
dan kusedari
semua takkan sampai
ke dasar inti

Tiada beza hilang kemudian
ataupun tenggelamnya sekarang
tiada bezanya jika langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban

Kepiluan yang berlanjut akhirnya
ditenterami keyakinan
betapa dielak akan takdir
tetap terbuka pintunya..

Lagu puisi ini didedikasikan buat sahabat sekalian sempena mengenang persahabatan kita. Renungi dan hayatilah bait-bait kata dalam puisi ini. Semoga setiap kenangan yang dijalin sedetik cuma tersemat rapi dalam hati sanubari kita.

Puisi nukilan A. Samad Said ini ditulis oleh beliau sebagai mengenang pemergian isteri tercinta. Puisi ini dinyanyikan oleh saudara Ahmad Ramli, penyanyi lagu-lagu puisi.

Sekiranya ingin mendengar nyanyian semula oleh saudari Fazliana Mohd Ali, sila hubungi atau jemput ke perjumpaan semula nanti.. Heheheh..gurau je..Rindu korang...

1 comment:

Kenangan..... said...

Hmmmmm...Terbit rasa rindu yang ngilu terkenangkan memori ketika bersama.Bagus puisi ini untuk dihayati...Tahniah cikgu Ayu...

Salam rindu
-NANA-