Sunday, March 21, 2010

KRITIKAN MENJADIKAN KITA LEBIH BAGUS

Assalamualaikum....

SESUATU yang nampaknya rugi tetapi sebenarnya membawa untung. Apakah ia? Ada macam-macam jawapan, tetapi bagaimana dengan jawapan ini - dicaci orang.

Nampaknya macam rugi, tetapi kalau direnung-renung secara mendalam, ia mendatangkan keuntungan. Macam mana tu? Ha, cuba tengok daripada sudut yang berbeza, apabila dicaci ia langsung tidak mengurangkan apa-apa, hanya mungkin maruah yang ada sedikit tercalar. Tetapi untungnya daripada sudut pahala ALLAH SWT berfirman;

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci/pengutuk."
Surah Al-Humazah, ayat 1
Yang mencaci mendapat dosa, yang dicaci mendapat pahala. Tidakkah itu untung? Memanglah di kalangan masyarakat, orang yang dihina itu akan nampak rendah atau hina. Tetapi benarkah dia hina? Jika benar ia tidak seperti apa yang difitnahkan itu, dia adalah pemenang semua keadaan.

Nabi saw pun bersabda, "Memaki seorang Muslim adalah perbuatan derhaka dan membunuhya adalah perbuatan kafir." (BUKHARI DAN MUSLIM)

Lebih banyak firman dan hadis membela orang yang dihina, bukan orang yang menghina. Bahkan dalam mahkamah, orang yang menghina atau menuduh perlu membuktikan dia tidak seperti yang dituduh.Dalam hidup ini, tentunya kita akan alami banyak keadaan. Salah satu daripadanya adalah dituduh, dihina, dicaci atau difitnah. Sebaiknya manapun orang itu, ada ketikanya dia akan alami keadaan ini. Yang membezakan hanyalah sama ada dia tahu atau tidak sedar atau tidak sahaja. Hakikatnya mulut orang memang sukar dikunci.Sudah tentu kita tidak berupaya menghentikan semua ini. Tambahan lagi jika anda seorang yang penting. Usah sangka semakin penting anda di mata masyarakat, semakin anda dipuja dan dipuji. Kerap juga terjadi keadaan di mana semakin anda berjaya, semakin anda berpeluang menjadi mangsa fitnah manusia.
"...fitnah itu lebih besar (dahsyat) daripada melakukan pembunuhan.."
Surah Al Baqarah, 217
Ia memberi kelegaan pada orang yang difitnah. Meskipun maruah tercemar, tetapi kalau dibandingkan denga apa yang diperolehi serta apayang ditimpakan terhadap orang yang membuat fitnah itu, keadaan tidaklah sebegitu sakit.

Firman ALLAH SWT;
"Kemudian kita minta agar laknat ALLAH ditimpakan pada orang-orang yang berbohong atau berdusta." Surah ali-Imran, ayat 6

Hidup ini menjadi selesa untuk dilalui kalau kita selamba pada semua masalah. Walau bagaimanapun kita berusaha untuk mengelak masalah, ia tetap datang tanpa terduga. Masalah yang berbangkit oleh kesilapan kita sendiri, haruslah kita terima dengan selamba Masalah yang dibangkitkan oleh orang lain terhadap kita, itu adalah langkah-langkah yang akan menjadikan kita lebih bagus daripada sebelumnya.

Bagaimana pula? Bayangkan begini. Ketika kita sangka kita sudah cukup bagus, kita akan bertahan pada usaha yang sedia ada. Walhal jika kita tingkatkan sedikit sahaja lagi, kita akan menjadi lebih bagus.Siapakah yang sanggup memberitahu kita hal ini? Tentunya orang lain yang ada sedikit rasa tidak senang terhadap kita. Apabila mereka mula mengkritik, mulalah kita mendapat manfaatnya. Kritikan adalah penambahbaikan. Kereta termaju hari ini dicipta oleh kritikan yang berterusan.

Jadi bukan semua petaka adalah bala. Adakalanya petaka itu mukadimah kepada suka.

DARIPADA JABIR BIN ABDULLAH, RASULULLAH SAW BERSABDA: JANGANLAH KALIAN BELAJAR ILMU UNTUK BERMEGAH-MEGAH DENGAN (GELARAN) ULAMA ATAU UNTUK MENGABURI ORANG BODOH ATAU UNTUK MENYOMBONGKAN DIRI DI MAJLIS. BARANGSIAPA YANG MELAKUKAN DEMIKIAN, MAKA NERAKA..(HR Hakim, Ibnu Hibban, dan Ibnu Majjah)

-FROM NANA WITH LOVE-


No comments: