Thursday, March 18, 2010

Sibuk Agaknya...

Salam...

Akhirnya blog ini sunyi & sepi, seperti rumah tinggal yg tidak berpenghuni lagi. dalam rumah itu ada pelbagai barangan berharga yang ditinggalkan dengan harapan suatu masa nanti akan kembali semula ke rumah itu. betapa sayang & kasihnya tuan rumah kepada rumah yg tinggalkan & menghimpun sejuta harapan agar dapat kembali ke rumah lamanya yang mengandung berjuta-juta kenangan, suka duka, pahit manis, & jerih getir meneruskan kelangsungan hidup. maaf kawan-kawan, saya analogikan blog ini ibarat rumah tinggal yg tidak berpenghuni. satu masa dulunya, rumah ini penuh dengan gurau senda, tawa tangis, & duka nestapa yg segalanya dikongsi bersama oleh kesemua penghuni rumah itu. tp, bila penghuni rumah itu pergi dengan haluan yng berbeza walaupun destinasinya sama, rumah itu akhirnya senyap, sunyi, bersawang, & tidak mustahil akan roboh dihuni anai-anai.

Apa khabar agaknya kawan-kawan semua? Saya memahami & menjiwai bahawa semuanya sedang sibuk dengan tugas & hal masing-masing. apatah lagi setelah di'posting'kan. kerja berlambak, tugasan mencabar, melayani karena murid-murid, rakan sekerja, pentadbir & pelbagai lagi situasi yg perlu dihadapi. itulah adatnya bila bergelar guru sekolah. cuti memang banyak tetapi kerja di sekolah juga banyak. jd, ianya seimbang.

Saya mendoakan agar kawan-kawan semua terus sukses & ceria sentiasa. jenguk2lah rumah kita semua agar kenangan yang telah bersemi itu tidak akan pupus ditelan zaman.

Salam Ikhlas penuh Ukhwwah,
ASSA
Kota Damansara

2 comments:

Kenangan..... said...

Tak kenal maka tak cinta
Bila dah kenal begini pula jadinya
jadi dimana nilai kejujuran yang kita ada..
Luahan hati sama dirasa, bagi insan yang masih menghargai saat bersama walaupun ada insan lain yang seolah-olah terus lupa pada sebuah persahabatan yang dibina bersama....itulah kita... bagi sesiapa yang masih setia...usah biarkan rumah ini menjadi mangsa kealpaan kita semua..

-Salam Sayang-
NANA

ASSA said...

Adatnya begitulah, dulu kadang kala kita mahu hidup sendiri2 dlm kelas sebab masing2 tdk mengenali. ttapi bukanlah sifat muslim yg baik untuk tidak bermasyarakat. jadi, bila sudah berkongsi rasa dengan ukhwwah yg dibina,tidak sampai 3 bulan ada teman2 yg sunyi sepi tanpa berita. kenapa begitu, jawapannya ada dlm diri masing2.

Apapun, kita doakanlah yg terbaik untuk semua. moga kita semua gembira & berjaya dgn jalan masing2.. rasanya alamat blog & pasword dh bagi kat semua orng..

'Banyak udang, banyak garam,
banyak orang, banyak ragam'..

ASSA