Tuesday, January 19, 2010

KAMI GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra Putri Negara kita

Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara Kita

Panduan hidup semua

Di bidang pembangunan

Kami tetap bersama

Bersatu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi

Kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan
-Salam rindu dan sayang-
*NANA*

Saturday, January 9, 2010

Pendaftaran Biro Tata Negara

Salam

Kawan-kawan sila daftar secara online untuk mengikuti kursus Biro Tata Negara ( BTN ). bukan sahaja untuk pengesahan jawatan tetapi untuk menjadikan kita semua ni guru-guru yang mempunyai semangat patriotisme. ha..ha...

buka web site ni : www.btn.gov.my

Tawaran Pelantikan Tetap Bagi Calon IPGM 2009

TERKINI

Tawaran Pelantikan Tetap Bagi Calon IPGM 2009

Semua peserta kursus Lepasan Ijazah ambilan Januari 2009 yang telah ditemu duga oleh Suruhanjaya dari November hingga Disember 2009 lalu dikehendaki memaklumkan semula Suruhanjaya alamat bertugas terkini bagi urusan tawaran pelantikan tetap. Sila hubungi 03 8871 7466 / 7467 atau faks 03 8871 7494 atau email kepada Bahagian Pengambilan Guru.

muat naik pada 04 Januari 2010


**info dr Zura....

TAKLIMAT ORIENTASI GURU KPLI DAN IPT JANUARI 2010 DAERAH PETALING (UTAMA)

kenkawan..ini saya dapat dari laman web PPD Petaling Utama..

Aman..tolong pastikan..betul ke ni...


Razaliznl_PDPS/03/PPDPU
( Sila catatkan nombor rujukan apabila berurusan dengan kami )
MENERAJUI GENERASI TERBILANG
Tel : 603 – 7883 4555
Fax : 603 – 7883 4666
Portal :
http://www.ppdpu.net
E-Mail :
Ppdp_utama@yahoo.com
PEJABAT PELAJARAN DAERAH PETALING UTAMA
Blok Podium, Kompleks Kelana Centre Point, Jalan SS 7/19, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
“ 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Rujukan tuan :
Rujukan kami : PPDPU/PPS/A45781/02/003/01/(12)
Tarikh : 8 JANUARI 2010
(bersamaan 22 Muharram 1431H)
Penolong Kanan
Sekolah-sekolah Daerah Petaling (Utama)
Tuan,
TAKLIMAT ORIENTASI GURU KPLI DAN IPT JANUARI 2010 DAERAH PETALING
(UTAMA)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki.
2. Taklimat orientasi bagi guru-guru KPLI dan IPT yang telah ditempatkan di sekolah
mulai 1 Januari 2010 akan di adakan pada:
Tarikh : 11 Januari 2010
Tempat : Dewan Serbaguna, PPD Petaling Utama
Masa : 8.30 pagi
3. Kehadiran tuan adalah diwajibkan bagi melicinkan perjalanan pengurusan
orientasi guru-guru KPLI dan IPT yang telah ditempatkan di sekolah tuan.
Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(NAFSIAH BINTI JAAPAR)
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama
Click here to get your free novaPDF Lite registration key
Razaliznl_PDPS/03/PPDPU
( Sila catatkan nombor rujukan apabila berurusan dengan kami )
MENERAJUI GENERASI TERBILANG
Tel : 603 – 7883 4555
Fax : 603 – 7883 4666
Portal :
http://www.ppdpu.net
E-Mail :
Ppdp_utama@yahoo.com
PEJABAT PELAJARAN DAERAH PETALING UTAMA
Blok Podium, Kompleks Kelana Centre Point, Jalan SS 7/19, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
“ 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Rujukan tuan :
Rujukan kami : PPDPU/PPS/A45781/02/002/08/(19)
Tarikh : 8 JANUARI 2010
(bersamaan 22 Muharram 1431H)
Penolong Kanan
Sekolah-sekolah Daerah Petaling (Utama)
Tuan,
PENYEMAKAN DATA OPERASI SEKOLAH RENDAH DAERAH PETALING (UTAMA)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki.
2. Semakan data kedudukan guru bagi sekolah-sekolah daerah Petaling (Utama)
bagi kutipan data Januari 2010 akan di adakan pada:
Tarikh : 11 Januari 2010
Tempat : Dewan Serbaguna, PPD Petaling Utama
Masa : 8.30 pagi
3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dikehendaki membawa maklumat kedudukan
guru semasa bagi tujuan diatas. Kehadiran tuan adalah diwajibkan dan tidak boleh
diwakilkan oleh pegawai lain.
Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(NAFSIAH BINTI JAAPAR)
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama
Click here to get your free novaPDF Lite registration key


***info dr Zura...

Sunday, January 3, 2010

KiTa TiDaK TaHu

Sekadar renungan buat rakan2 semua yang bakal memulakan perjuangan ...

KiTa TiDaK TaHu

Kita tidak tahu
Setiap detik mengatur langkah
Wahana mana bakal diredah
Setiap rezeki yang dianugerah
Bila akan mula ditambah
Atau diragut, dilamar resah

Tahukah kita?
Setiap tutur diatur rapi
Berhadapan puji, esoknya dicaci
Setiap senyuman, menghulur salam
Manakah yg ikhlas, mana yg sumbang

Hidup ini serba serbi
Kita tidak tahu apa yang menanti
Kekadang di atas tegak berdiri
kan turun mendadak menggigit jari

Namun,
Detik perih menapak tangga
Hati2 lah memanjatnya
Tiba masa menurun nanti
Jangan tersilap tergelincir kaki

Kja
3 Jan. 2010

Saturday, January 2, 2010

SALAM TAHUN BARU 2010 dan SELAMAT BERTUGAS wahai teman2

SELAMAT TAHUN BARU wahai teman2ku....

Puisi ini hanyalah sekadar untuk mengingatkan diri sendiri agar merasa lebih tenang dan betul2 menjiwai rasa syukur tu... tolong diri sendiri untuk (muhasabah diri lah kira....) .. yelah .. kita orang melayu ni, perkataan bersyukur tu memang ada dlm air liur... otak tak sempat apa lagi, mulut dah keluar "alhamdulillah syukur...." tapi renungkan sejauh mana hati benar2 mensyukuri apa yang kita syukurkan tu... dan adakah perbuatan kita juga mencerminkan kesyukuran yang kita sebutkan?


dan bila kita merasa amat susah... amat terhimpit... amat payah...
sehingga menerbitkan rasa sesal... mungkin jemu... malahan benci....
sampai membuatkan kita hampir-hampir mahu berputus asa...

ingatlah sekalian orang yang jauh lebih susah.... lebih terhimpit... lebih payah...
orang orang yang dah apply kpli berkali kali tapi tak dapat dapat
orang orang yang dapat posting nun jauh di seberang sana....
orang orang yang dah grad tapi nama tercicir lalu tak dapat posting...

syukur alhamdulillah kita dapat kpli ...
syukur alhamdulillah kita dapat posting dalam negeri walaupun bukan sekolah depan umah...
syukur alhamdulillah kita dah kawin sedangkan ada lagi kawan kita yang lum ada boyfriend...
syukur alhamdulillah kita dah beranak sedangkan ada orang dah cuba macam macam ubat tapi tak jugak mengandung...
syukur alhamdulillah kita dah dapat beli rumah sedangkan ramai lagi orang lain beli kete pun tak mampu...
syukur alhamdulillah kita ada kete, walaupun kecik tapi kita tak kene ujan... sejuk nyaman walaupun lama dalam jem...

syukur alhamdulillah kita masih diberi peluang hidup,
kita ada keluarga bahagia,
kita ada suami/ isteri yang menyokong,
kita ada saudara mara yang membantu,
kita ada anak-anak yang comel dan bijak,
kita ada kerjaya, ada gaji tetap, ujung tahun dapat bonus (insyaAllah...),
dan paling penting, kita ada peluang untuk jadi GURU...
kerjaya termulia antara semua..
kita berpeluang mencorak generasi masa depan...
kita lah yang menentukan rupa pewaris agama, negara dan bangsa kita....

"Ya Allah, aku bersyukur di atas segala yang telah kau berikan kepadaku. Berikanlah aku kekuatan zahir, batin, fizikal, mental dan iman agar aku dapat mengharungi segala dugaan dan cabaran yang kau berikan. Tabahkan hatiku, teguhkanlah semangatku agar aku tidak akan berputus asa. Tunjukkanlah aku jalan, berikanlah aku pedoman. Hanya kepadamu aku berserah..."

P/S:
Ini adalah nukilan rasa dari seseorang yang bergelar teman yang sentiasa memberi dorongan dan rangsangan buatku...
jadikanlah panduan sebagai motivasi untuk diri dan teman2 lain...

Zura 2010...

Friday, January 1, 2010

Selamat Bertugas




Salam






Cuma hendak mengucapkan selamat bertugas kepada semua kawan-kawan. jadikan tugas sebagai suatu amanah yang perlu dilangsaikan dengan seikhlas mungkin. berbicara soal ikhlas, bila kerja dilaksanakan dengan puas hati dan memuaskan hati orang lain, maka kita sudah melaksanakan kerja dengan seikhlas mungkin.






Tahniah untuk semua.

ASSA

Wednesday, December 30, 2009

Penempatan Posting

Alhamdulillah ... kebanyakan rakan2 kita dah mengetahui penempatan sekolah masing2. Untuk makluman :-

Ahmadi : Sarawak ( berkumpul di Hotel Empess Sepang pada 3 hb. dan bertolak ke sana pada 4hb. nanti)
Aman Shah : SK Bndr Utama Damansara 4
Aspanizam : SK Jalan Selangor (1) , sama sekolah dengan Siti Farizan 1D
Che Roslina : SK Kantan Permai, kajang
Faridah Majid : SK Puchong Utama 3
Faridah Hamzah : SK Pusat Bandar Puchong 2 ( sebelah rumah eta, sama dengan Fizah 1B, tapi eta dapat Ampang Campuran)
Haslina Deraman : SK Bandar Utama Damansara 2
Jama'ayah : SK Bukit Jelutong
Fadila : SK Subang Bestari
Fazliana : SK Bandar Baru Sri Damansara 2
Azura : SK Taman Datuk Harun 1
Esmimi : SK Kuala Pegang, Baling Kedah
Habsah Surimah : SK Durian Tipus, Spg Durian Jelebu
Azianty : SJK (C) Wan Ha, Seremban (satu2nya guru Melayu di sana)


Kja

Maaf Kak Ja, saya edit sikit. ( ASSA )
*Sekadar buat penambahan - Nana-
**Penambaikan :)ayu

Monday, December 28, 2009

Hijrah Diri

Inilah hujung pertemuan
yang bermula
menunda maaf
nostalgia diri

mengapa henti di puncak
jika malu kembali
mengambil cermin di laman
rumah kita nan biru

inilah hikmah
santun yang kubela
basah rindu di kalbu
tak ku biar banjir

hijrah diri
mengarca malam
tak kelam ditenggelam silam
meski belum kubersiap
ke belakang

( Hasyuda Abadi )
Antologi Puisi 'Cinta Pohon Tamar'



ASSA

Update - Dokumen2 posting

YANG KITA SIMPAN:
1 surat tawaran asal
1 salinan fotostat akuan sumpah
1 borang biru asal

DISERAHKAN KEPADA KERANI SEKOLAH
1 carbon copy surat tawaran + 1 salinan fotostat surat tawaran
2 salinan fotostat akuan sumpah
2 borang biru asal

DISERAHKAN KEPADA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1 akuan sumpah asal
1 borang biru asal
(sekolah buat surat iringan)

DISERAHKAN KEPADA SPP
1 salinan fotostat akuan sumpah
1 borang biru asal


Kesimpulannya: Fotostat SATU salinan surat tawaran, EMPAT salinan surat akuan sumpah.
Buat akuan sumpah di sekitar daerah tempat posting.

ASSA

Friday, December 25, 2009

Semakan keputusan peperiksaan

Salam...

Kawan-kawan boleh buat semakan keputusan peperiksaan di website ini :

http://apps.emoe.gov.my/bpg/e-keputusan/

tapi masalahnya pointer pun tak dinyatakan juga. adusss


ASSA

Thursday, December 24, 2009

Kedudukan Terkini Penempatan KPLI BM A 09

Salam

Berikut senarai terkini kawan-kawan yang telah mengetahui negeri di mana mereka ditempatkan :

Negeri Selangor :

Aman Shah, Fazliana, Faridah Majid, Azura, Haslina, Aspanizam, Fadilah, Jama'ayah, Faridah Hamzah, Che Roslina

Negeri Kedah :

Esmimi Elias

Negeri Johor :

Hazny, Azizah, Farhana, Faridah Ngah

Negeri Sembilan :

Azianti, Habsah Surimah,

Kuala Lumpur :

Hadifah Fadhliah

Negeri Sarawak :

Ahmadi


Dalam Proses :
Azahana,

Dokumen Penting Semasa Melapor Diri

Salam...

Di sini disenaraikan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa melapor diri ke sekolah masing-masing. pastikan semua salinan DISAHKAN. Kalau semua lengkap, InsyaAllah gaji akan cepat dapat. antaranya :

1- Kad pengenalan
2- Sijil kelahiran
3- Skrol Ijazah
4- Transkrip Universiti
5- Sijil SPM
6- Penyata KWSP
7- Salinan muka depan akaun bank ( nanti rujuk dengan PPD jenis bank yang diperlukan )
8- Surat tawaran pelantikan GSST
9- Surat Penempatan ( Posting )
10- Akuan Sumpah yg ditandatangani oleh Majistret / Pesuruh jaya Sumpah
11- Gambar bersaiz passport
11- Surat Akuan penerimaan pelantikan ( berwarna biru )

Diharap semua kawan-kawan mengambil berat hal ini.. salinan pastikan semuanya mencukupi.

Selamat mengajar..

ASSA

Menambat Rakit

Sesudah demikian lama dicintai
sukarlah dilupakan
inti pengalaman kepedihan
akar kerinduan keresahan

Memang terlalu banyak
diperlukan kekuatan
ke pangkalan batin
rakit ditambatkan
bara kenangan dikuakkan

Akhirnya tak terduga
kekuatan terkuak sendiri
dan kusedari
semua takkan sampai
ke dasar inti

Tiada beza hilang kemudian
ataupun tenggelamnya sekarang
tiada bezanya jika langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban

Kepiluan yang berlanjut akhirnya
ditenterami keyakinan
betapa dielak akan takdir
tetap terbuka pintunya..

Lagu puisi ini didedikasikan buat sahabat sekalian sempena mengenang persahabatan kita. Renungi dan hayatilah bait-bait kata dalam puisi ini. Semoga setiap kenangan yang dijalin sedetik cuma tersemat rapi dalam hati sanubari kita.

Puisi nukilan A. Samad Said ini ditulis oleh beliau sebagai mengenang pemergian isteri tercinta. Puisi ini dinyanyikan oleh saudara Ahmad Ramli, penyanyi lagu-lagu puisi.

Sekiranya ingin mendengar nyanyian semula oleh saudari Fazliana Mohd Ali, sila hubungi atau jemput ke perjumpaan semula nanti.. Heheheh..gurau je..Rindu korang...

Thursday, December 17, 2009

Salam Maalhijrah 1431H

Salam Maal Hijrah semua. Jangan lupa baca doa akhir tahun 1430H dan awal tahun 1431H ... doakanlah yang terbaik untuk kebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraan kita dan umat Muhamad S.A.W.

SalaM SaYanG
Kja

Info

Maklumat daripada KPM:

"Penempatan KPLI boleh disemak pada 28/12/09 secara online @ di unit pengurusan sekolah harian 03-88849582 / 9581.

Ini sms terkini yang diterima. Betul atau tidak, saya pun tak pasti.

Waallahuaklam.

Salam
Kja.

Wednesday, December 16, 2009

Sukan Ragam 1A 09

Kenangan waktu sukan ragam. Tentu u all ingat peristiwa kita kena hentam dengan En. Shamsul Bahri. Namun itu pastinya terselit pengajaran yang besar maknanya buat kita.

















Sajak buat teman-teman KPLIA2A 2009

Teman.....
Kala diri kesunyian,,,
hati ini dicuit resah.....
Ada rindu di situ...
terkenang titip-titip masa yang berlalu
Masa yang begitu pantas
meninggalkan zaman indah kita bersama...

Teringat detik-detik awal
waktu pertemuan kali pertama...
pelbagai tanggapan aku pada kalian....
Namun setelah berkenalan.....
aku seperti tidak menjangka....
kita bersama..........seiring dan sejalan.......
suka duka kita tempuhi bersama..
bermesyuawarah......
walau dimeja santapan sekalipun.........

Teman.....
aku bangga dengan kalian..................
segala halangan rintangan ..
kita bangkit.....walau apa jua ...
bersama kita harungi....
Demi untuk mencapai sebuah harapan....
Demi tuntutan anak bangsa...

Kini...
masing2 dalam penantian..
Dimanakah kita???
tapi, apa yang pasti...
walau di mana kita berada..
itulah cabaran yang baru hendak bermula...
bermulanya sebagai seorang pemimpin yang punya wawasan
dan...getir itulah yang harus kita terima...
demi sebuah perjuangan ...
demi sebuah cita-cita...
bukankah begitu wahai teman???

Sesungguhnya...nostalgia bersama kalian
adalah yang terindah...

salam sayang,
zura.

Tuesday, December 15, 2009

Salam Rindu

Salam rindu buat kawan-kawanku tersayang ...

Petang semalam saya ke Mid Valley ... sekadar berjalan2 dan cuci mata ... sebelum tu saya menyinggah ke IPGM KBM sekejap... kebetulan ada barang tertinggal di surau... juga untuk mengenalkan kepada anak pusat pengajian mamanya sepanjang setahun ini.

Ada getar dan hiba di hati. Setahun berulang alik ke maktab ... banyak nostalgia suka dan duka di dalamnya ... namun situasi dan rasa di hati tidak seperti kelaziman ... suasana agak sunyi ... kereta pun tak banyak seperti biasa. Teringat dengan bonda Yati dan Pn Noriza ... ada rasa ingin ketemu ... tapi saya tahu pastinya mereka terikat dengan kesibukan yang sentiasa bertali arus.

Ketahuilah ... kenangan bersama kalian itu satu detik terindah dalam hidupku.

Kak Ja
Shah Alam

Sunday, December 13, 2009

Kenangan buat Bonda......SAYONARA.


Tiada kata seindah bahasa, Secantik budi selembut bicara, buat bonda kasih tercipta, moga silaturrahim kekal selamanya....